Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil langkah segera baik pulih tebing parit runtuh di Kampung Pandamaran Jaya, Klang pada 20 Ogos 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang
PBTSELANGOR

MPK segera baiki tebing parit runtuh di Pandamaran Jaya

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil langkah segera membaik pulih tebing parit runtuh di Kampung Pandamaran Jaya di sini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan MPK menerima aduan daripada penduduk mengenai insiden berkenaan 6.30 petang semalam.

“Pasukan yang melakukan siasatan di lokasi mendapati tebing parit runtuh, tiada kemalangan jiwa dan kerosakan lain dilaporkan.

“Laluan lorong belakang ditutup sementara untuk tindakan susulan jabatan berkenaan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurutnya, MPK turut memaklumkan mengenai insiden itu kepada Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri turut meluangkan masa meninjau ke lokasi kejadian.

“Saya telah hubungi MPK dan agensi kerajaan terlibat bagi menjalankan kerja awalan pencegahan bagi mengelakkan kejadian menjadi lebih mundarat,” ujarnya di TikTok.


Pengarang :