Kejohanan e-Sukan Robotik Selangor XTIV di tapak parkir pasar raya Econsave Paya Jaras Sungai Buloh pada 15 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

RM2,000 menanti juara kejohanan e-sukan MBSJ September ini

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 22 OGOS: Pertandingan E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan FIFA 23 dua lawan dua Playstation 5 akan diadakan pada 2 September depan.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata kejohanan tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna MBSJ USJ 7, Subang Jaya bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kejohanan dianjur bersempena sambutan ulang tahun MBSJ yang ketiga, selain itu kita juga menjemput anak muda dan belia yang berminat untuk mempamer bakat mereka,” katanya di Facebook.

Penyertaan terhad kepada 32 pasukan terawal mendaftar dengan setiap pasukan mempunyai lima atau enam orang dengan seorang pemain gantian untuk pertandingan MLBB.

Juara akan menerima hadiah wang tunai RM2,000 diikuti naib juara (RM1,000), tempat ketiga (RM800) dan keempat (RM500) bagi setiap pertandingan.

Pasukan yang berminat boleh mendaftar melalui imbasan QR pada poster dan setiap penyertaan dikenakan yuran RM20.


Pengarang :