PBTSELANGOR

Pertandingan busana tradisional MPAJ tawar hadiah wang tunai

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 22 OGOS: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan busana tradisional sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pihak berkuasa tempat (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan pertandingan bertempat di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah diadakan pada 10 September bermula 7 pagi bagi proses pendaftaran.

Penyertaan terbuka kepada kategori berikut iaitu remaja dan dewasa wanita berusia 13 tahun ke atas, remaja dan dewasa lelaki (13 tahun keatas), kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia lima hingga 12 tahun.

Johan bakal membawa pulang wang tunai RM300, naib johan (RM200), ketiga (RM100) dan saguhati RM50 bagi setiap kategori.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Zakiah di talian http://www.wasap.my/601173024108/BusanaKemerdekaan atau Adlina http://www.wasap.my/60186600420/BusanaKemerdekaan.


Pengarang :