AGENDASUKANKINI

Selangor FC cari jurulatih peringkat akar umbi, pemohon diminta hantar resume

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 22 OGOS: Selangor FC membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi jurulatih di peringkat akar umbi untuk program bola sepak di negeri ini.

Menurut kenyataan rasmi Facebook, mereka yang mepunyai pengalaman bersama program elit atau pernah melatih pemain muda amat diperlukan untuk menjayakan program tersebut.

“Jurulatih yang mempunyai kelayakkan yang sah dan diiktiraf serta pernah melatih pasukan di peringkat akar umbi sebelum ini boleh cuba untuk menjadi sebahagian kakitangan Selangor FC,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghantar resume ke e-mel [email protected]


Pengarang :