PBTSELANGOR

MBSJ anjur temu duga permohonan lesen pasar malam 28 hingga 30 Ogos

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 22 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mempelawa peniaga menyertai temu duga permohonan lesen pasar malam pada 28 hingga 30 Ogos ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan program tersebut akan diadakan di tiga zon iaitu Subang Jaya/Kinrara, Puchong/Putra Height dan Seri Kembangan/Serdang.

“Temu duga di zon Subang Jaya/Kinrara akan dijalankan pada pukul 9 pagi, 28 Ogos di Dewan Serbaguna MBSJ USJ 7 dan zon Puchong/Putra Height pula pada keesokan harinya di lokasi dan waktu yang sama.

“Bagi zon Seri Kembangan/Serdang temuduga diadakan pada pukul 9 pagi 30 Ogos di Kompleks 3K MBSJ Serdang Raya,” maklumnya di Facebook.

Menurut MBSJ, peniaga diwajibkan membawa gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan suntikan tifoid dan salinan sijil kursus pengendalian makanan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi bahagian usahawan mikro di talian : 03- 8026 4323.


Pengarang :