Foto keadaan gelanggang futsal di Pangsapuri Jaya, TTDI Jaya Shah Alam yang usang dirakam ketika Ahli Dewan Negeri Seri Setia Dr Fahmi Ngah turun meninjau kemudahan berkenaan sejurus menerima aduan daripada penduduk pada 22 Ogos 2023. Foto Facebook Dr. Fahmi Ngah
ADNSELANGOR

Gelanggang futsal usang di Pangsapuri Jaya dapat perhatian wakil rakyat Seri Setia

SHAH ALAM, 23 OGOS: Gelanggang futsal di Pangsapuri Jaya, TTDI Jaya di sini yang usang hingga menyukarkan penduduk untuk bersukan mendapat perhatian wakil rakyat Seri Setia.

Dr Mohammad Fahmi Ngah akan membawa cadangan membaik pulih kemudahan sukan itu kepada Majlis Bandaraya Shah Alam untuk diambil tindakan.

Ahli Dewan Negeri Seri Setia Dr Fahmi Ngah

“Saya menerima aduan berkenaan keadaan gelanggang itu dan wakil pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia turun padang untuk melihat sendiri.

“Penduduk mohon lantai gelanggang dibaiki memandangkan getah sudah tertanggal selain bina laluan joging di sekeliling padang berhampiran,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau berharap pihak berkuasa tempatan mempertimbang peruntukan bagi menambah baik kemudahan berkenaan demi keselesaan penduduk.

“Kita akan bawa kedua-dua cadangan itu untuk melihat peruntukan sekali gus menyelesaikan masalah ini selari keperluan penduduk setempat,” katanya.


Pengarang :