Oleh AMIRUL FAZLI
SHAH ALAM, 23 OGOS: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan program jualan barangan keperluan asas pada harga murah ke tiga lagi lokasi esok
Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang bermula 10 pagi dijadual berlangsung di Medan Selera, Semenyih, Dewan Orang Ramai Taman Sri Ampang (Lembah Jaya) dan Surau Al Falah Taman Sri Pekan (Bandar Baru Klang).
Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).
JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).
Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS