PBTSELANGOR

MPK buka permohonan tapak bazar Deepavali 2023 mulai hari ini

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 23 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempelawa para peniaga untuk memohon tapak bazar Deepavali 2023 secara dalam talian bermula hari ini hingga 17 September.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK Norfiza Mahfiz berkata lokasi tapak bazar ialah di Lorong Tingkat dan Jalan Tali Air yang terletak di kawasan Jalan Tengku Kelana.

“Sebanyak 139 tapak disediakan di Lorong Tingkat dan 11 petak di Jalan Tali Air.

“Permohonan terbahagi kepada tiga kategori iaitu pekedai dan peniaga 3P di Lorong Tingkat, pemberian tapak secara siapa cepat dia dapat bagi kategori penjualan inai atau belon dan kaedah bidaan bagi tapak barangan keperluan perayaan termasuk bunga api, makanan ringan dan lain-lain,” katanya.

Menurut Norfiza tarikh bidaan tapak akan dibuat secara dalam talian pada 10 Oktober.

Ujarnya tarikh mula berniaga di bazar tersebut ialah pada 29 Oktober hingga 11 November (14 hari).


Pengarang :