Oleh JULIANA JOHAR
SHAH ALAM, 23 OGOS: Skuad Pantas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak segera melakukan kerja pemotongan dan pengalihan dahan pokok yang menghempap sebuah kereta di Jalan 16/18, Seksyen 16, di sini semalam.
Lima petugas Skuad Pantas dikerahkan ke lokasi sebaik menerima aduan dahan pokok menghempap kereta Proton Wira yang diparkir di kawasan itu.
Kenderaan terlibat mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat insiden tersebut.
“Terima kasih Skuad Pantas MBPJ,” kata kenyataan MBPJ menerusi Facebook.
Sebaik kerja pemotongan selesai, ia diserahkan kepada pihak pembersihan untuk tindakan lanjut.