PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA di Plaza Shah Alam 26 Ogos ini

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 23 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak di kawasan tempat letak kereta Plaza Shah Alam, Seksyen 9, di sini pada 26 Ogos.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan, perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) akan mula beroperasi pada 11 pagi hingga 5 petang.

“SAOW menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja, jualan buku pelan setara dan sebagainya,” katanya.

SAOW adalah platform yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.


Pengarang :