Orang ramai berurusan di kaunter perkhidmatan Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam pada 7 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

RM235.4 juta diagih kepada 46,315 penerima, LZS seru terus menyumbang

SHAH ALAM, 24 OGOS: Umat Islam diseru menyumbang melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu mengeluarkan lebih ramai asnaf negeri ini daripada kepompong kemiskinan.

Agensi itu memaklumkan bantuan wang tunai boleh disalur melalui fpx.zakatselangor.com.my untuk diagih kepada golongan memerlukan.

“Amil di LZS sentiasa berusaha untuk mencari dan menyantuni setiap sudut masyarakat di Selangor yang memerlukan.

“Terus berkongsi melalui Zakat Selangor agar lebih ramai asnaf dapat dimerdekakan tahun ini. Kongsi sedikit untuk menjadi hero mereka dalam diam,” kata kenyataan LZS menerusi Facebook.

LZS turut memaklumkan sejumlah RM235.4 juta bantuan kewangan diagih kepada 46,315 penerima sepanjang tahun lalu hasil sumbangan penderma.

“Jumlah bantuan dan agihan bertambah dari tahun ke tahun,” katanya.


Pengarang :