Peserta Kayuhan Santai Shah Alam meneruskan kayuhan selepas menyerahkan Jalur Gemilang di Sekolah Rendah Raja Muda, Shah Alam pada 24 Ogos 2023. Foto MBSA
PBTSELANGOR

100 sertai kayuhan santai MBSA, edar Jalur Gemilang ke sekolah

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 24 OGOS: Seramai 100 ahli kelab dan peminat sukan basikal menyertai program Kayuhan Santai anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awam MBSA berkata program sempena sambutan Hari Kemerdekaan itu turut menyerahkan Jalur Gemilang di empat sekolah terpilih.

“Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda Seksyen 4, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seksyen 16 Shah Alam, SRK Seksyen 24 dan SRK Seksyen 20.

“Para peserta juga telah berkayuh sejauh 20 kilometer di sekitar bandar raya Shah Alam,” kata Mohd. Azhar Mohd Sharif.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam Dr. Nor Fuad Abdul Hamid di Wisma MBSA.

Pada masa yang sama Mohd. Azhar memberitahu turut diadakan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan MBSA sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat MBSA.

Program Kayuhan Santai ini merupakan salah satu pendekatan MBSA untuk memberikan pendedahan dan memupuk semangat patriotik dalam kalangan peserta dan golongan belia di Shah Alam.

 


Pengarang :