Peserta menghadiri temu duga sempena program Jelajah Jobcare Selangor di Dewan Taman Gombak, Gombak 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jelajah Jobcare kembali, tawar lebih 1,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 25 OGOS: Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Jelajah JobCare Selangor di Aras 9, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya esok.

Yayasan Selangor memaklumkan, Karnival Kerjaya anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang dijadual bermula 9 pagi hingga 5 petang menampilkan lebih 10 majikan dengan pelbagai jawatan menarik.

“Karnival Kerjaya Jelajah JobCare Selangor adalah terbuka kepada semua pencari kerja. Jangan lepaskan peluang pekerjaan yang ada dan daftar sekarang!

“Kongsikan iklan karnival kerjaya ini kepada rakan rakan dan keluarga. Mari sama-sama bantu mereka yang sedang mencari pekerjaan,” katanya di Facebook.

Peserta yang berminat boleh mendaftar menerusi pautan eiscentre.perkeso.gov.my/employment/socsocareerfair 


Pengarang :