AGENDABERITA UTAMANASIONAL

IBDE tawar diskaun 15 peratus 9 buku terpilih sempena Hari Merdeka

SHAH ALAM, 27 OGOS: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menawarkan diskaun 15 peratus untuk sembilan buku terpilih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66.

Menurut IBDE, sembilan buku istimewa yang mengangkat tema kemerdekaan itu boleh didapati di semua rangkaian jualan bermula Jumaat sehingga 8 September ini.

Sembilan buku merdeka itu adalah Perang Anjing Suruhan, Tunku Kelana Penuh Cinta, Nekad Dato’ Onn, Tanpa Ampun, dan Muslihat Mahathir.

Selain itu, turut dijual adalah naskhah Gelagat dan Ragam Orang Melayu, Bintang Merah di Langit Malaya, Jose Rizal: Melayu Agung, dan Sejarah Selangor.

Karya terbitan IBDE boleh didapati melalui kedai buku Rencana yang terletak di Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan berikut: https://bukuibde.com

Sebelum ini, IBDE memaklumkan akan menawarkan diskaun sehingga 15 peratus kepada pengunjung Festival Buku Merdeka 2023 di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Pengurus Jualan dan Pemasaran IBDE berkata sebanyak 2,000 naskhah dengan 80 judul akan ditawarkan, termasuk karya terbitan Institut Kajian Dasar (IKD) dan Jurnal Svara.

Menurut Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman, reruai IBDE (nombor sembilan) akan terletak di aras empat pusat beli-belah terkemuka itu bermula 31 Ogos hingga 3 September ini.


Pengarang :