Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersama wakil jabatan dan agensi bawah MAIS mengibarkan Jalur Gemilang ketika Program serahan Jalur Gemilang dan ziarah merdeka MAIS di lobi Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 28 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MAIS edar 3,010 Jalur Gemilang, semarak semangat patriotik

SHAH ALAM, 28 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengedarkan sebanyak 3,010 bendera Jalur Gemilang kepada semua jabatan, agensi dan anak syarikatnya.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ia bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dan menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga kerjanya dan masyarakat.

Menurutnya, 3,000 bendera pelekat kenderaan dan 10 bendera Jalur Gemilang diedarkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS).

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Program serahan Jalur Gemilang dan ziarah merdeka MAIS di lobi Bangunan Sultan Idris Shah. Shah Alam pada 28 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Jalur Gemilang turut diberikan kepada Lembaga Zakat Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Yayasan Islam Darul Ehsan, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Bakti Suci Holdings Sdn Bhd.

“Edaran bendera ini bukan sahaja meraikan sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi malah untuk mengenang perjuangan pemimpin terdahulu sehingga mencapai kemerdekaan,” katanya kepada media selepas serahan Jalur Gemilang di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, hari ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bergambar bersama peserta Program serahan Jalur Gemilang dan ziarah merdeka MAIS di lobi Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 28 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Abdul Aziz turut memaklumkan pihaknya mengadakan program Ziarah Merdeka untuk menyerahkan Jalur Gemilang kepada tiga buah pusat iaitu Pusat Dialisis MAIS, Rumah Puteri Arafiah dan Rumah Perlindungan Muallaf Baitul Salam.

“Setiap rumah masing-masing menerima 100 bendera Jalur Gemilang bagi tujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos nanti,” katanya.

Simbolik penyerahan Jalur Gemilang dan sesi lekat bendera kenderaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha MAIS Dr Ahmad Shahir Makhtar, Ketua Pendakwa Syarie JPSS Zainor Rashid Hassin, Pengurus Besar TERAS Hasnul Redza Abdul Rahim dan Pengurus Besar BSHSB Mohd Nuri Abdul Aziz.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menampal Jalur Gemilang pada kenderaan pada program serahan Jalur Gemilang dan ziarah merdeka MAIS lobi Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 28 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

 


Pengarang :