Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan pentadbiran negeri dan EXCO memberi tabik hormat kepada perarakan Angkatan Tentera Malaysia ketika sambutan ambang Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sambutan ambang Hari Kebangsaan peringkat negeri meriah, ribuan rakyat hadir

Oleh NORRASYIDAH ARSHAD & FITRI HAZIM HAZAM

SHAH ALAM, 30 OGOS: Sambutan ambang Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri malam ini berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung dari pelbagai bangsa.

Berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, acara berkenaan diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim serta barisan EXCO.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan pentadbiran negeri dan EXCO teruja menyaksikan perarakan kontijen pada sambutan ambang Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengunjung disajikan dengan pelbagai program menarik antaranya perarakan 66 kontijen, persembahan kawad senyap, t-baton, dan pertunjukan bunga api yang menjadi simbolik sambutan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membuat persembahan demo menyelamat ketika sambutan ambang Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Selain itu, artis terkenal tanah air Ziana Zain dan Awie serta Iman Troye turut membuat persembahan bagi memeriahkan lagi sambutan yang mengangkat tema Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Ribuan pengunjung pelbagai bangsa membanjiri padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk meraikan sambutan ambang Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri pada 30 Ogos 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Petang tadi, program Munajat yang menampilkan pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin turut berlangsung disertai ratusan pelajar dari sembilan pusat tahfiz mewakili setiap daerah.

Acara berkenaan turut dihadiri EXCO Hal Ehwal Agama Dr Fahmi Ngah, Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir dan isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhammad.

Ratusan hadirin membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada program Munajat semperna sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 peringkat negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

Orang ramai yang tidak berkesempatan hadir boleh mengikuti acara berkenaan secara langsung di saluran YouTube SelangorTV dan MYTV Mana-Mana.


Pengarang :