Pasukan memanah Selangor bergambar selepas muncul juara pada Kejohanan Memanah MSSM 2023. Foto Facebook Pasukan Memanah Selangor
AGENSISELANGOR

Pasukan ragbi, memanah Selangor tajaan MBI juara di Kejohanan MSSM 2023

SHAH ALAM, 31 OGOS: Dua pasukan sukan tajaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI muncul juara menerusi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023.

Berlangsung pada 25 hingga 30 Ogos, pasukan ragbi bawah 12 dan 18 tahun dan memanah Selangor masing-masing muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Ragbi dan Memanaha MSSM 2023.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata MBI mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan atas kejayaan mengharumkan nama Selangor menerusi kejohanan sukan tersebut.

“Untuk pasukan ragbi, MBI taja secara terus pada tahun ini, namun bagi Kesatuan Rugbi Selangor (KRS) pula telah ditaja sejak tahun lepas lagi.

“Bagi pasukan mamanah pula, tajaan melalui Persatuan Memanah Selangor (SELAR) telah menerima sejak tahun lalu juga,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada SelangorKini.

Tambahnya, MBI berharap kedua-dua pasukan terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Selangor ke peringkat lebih tinggi.

 


Pengarang :