AGENSISELANGOR

MAIS anjur pertandingan hantaran kreatif, tawar hadiah wang tunai

Oleh Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 31 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menganjurkan pertandingan Like dan View (tontonan) tertinggi hantaran kreatif sempena bulan faraid Selangor.

MAIS memaklumkan pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM300 bagi Like tertinggi di Facebook serta tontonan tertinggi di TikTok.

“Peserta perlu mencetak poster utama Kempen Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 yang boleh didapati di Facebook Majlis Agama Islam Selangor atau laman web MAIS di www.mais.gov.my.

“Selfie/Wefie atau buat video menarik menggunakan poster yang telah dicetak tadi dan muat naik di FB atau TikTok anda.

“Jangan lupa masukkan sekali tanda pagar #pertandinganliketertinggikempenfaraid2023 sebelum posting dibuat,” katanya menerusi Facebook.

Menurut MAIS tarikh tutup penyertaan pada 8 September ini dan maklumat lanjut hubungi talian 03-55143752.


Pengarang :