Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor (gambar hiasan). Foto Facebook Unisel
AGENSISELANGOR

Unisel diiktiraf IPT berdaya saing, pacu pendidikan berkualiti

SHAH ALAM, 2 SEPT: Universiti Selangor (Unisel) berjaya mendapat keputusan berdaya saing bagi Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (Setara) 2022.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata Unisel salah satu daripada 90 institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang mendapat pengiktirafan itu.

“Setara merupakan sistem penilaian bertujuan mengukur jaminan kualiti dan standard IPT bagi universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) kategori universiti dan kolej universiti.

“Penilaian Setara dilaksanakan berdasarkan instrumen dan indikator penilaian yang ditetapkan bagi memacu kepada peningkatan pendidikan berkualiti,” maklumnya menerusi Facebook.

Berkongsi kejayaan itu, Hasril turut mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan pengurusan dan warga Unisel di bawah pentadbiran Presiden dan Naib Canselor Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

“Semoga warga Unisel akan terus berdaya saing untuk mencapai lebih kejayaan di masa depan,” katanya.


Pengarang :