EXCO Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah merasmikan Festival Merakyatkan Seni Budaya Mah Meri @ Selangor 2023 (FMSB) di Perkarangan Pusat Kraf Orang Asli Kampung Sungai Bumbun Pulau Carey Banting. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Serlah bakat Orang Asli dalam ‘Battle Of The Bands’, bawa ke peringkat lebih tinggi

KUALA LANGAT, 3 SEPT: Kerajaan Negeri menganjurkan pertandingan Asli Battle Of The Bands khusus untuk mencungkil bakat seni dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata penganjuran program julung kali itu mendapat kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Negeri Selangor (Pemadam) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memastikan Orang Asli diberi galakan. Mereka ini mempunyai kumpulan atau band sendiri tetapi tidak diketengahkan.

“Kita berharap dengan adanya pertandingan seperti ini bakat-bakat masyarakat Orang Asli dapat dipersembah kepada semua dan dibawa ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Festival Merakyatkan Seni Budaya Mah Meri@ Selangor di Perkarangan Pusat Kraf Orang Asli, Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey di sini, hari ini.

Jelas Borhan, pertandingan yang telah bermula melibatkan masyarakat Orang Asli di 74 kampung.

“Untuk peringkat akhir, hanya 10 kumpulan sahaja yang akan berentap berebut gelaran juara,” katanya.

EXCO Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah melakukn simbolik mengecat di mural yang dihasilkan oleh Shaq Koyok ketika Festival Merakyatkan Seni Budaya Mah Meri @ Selangor 2023 (FMSB) di Perkarangan Pusat Kraf Orang Asli Kampung Sungai Bumbun Pulau Carey Banting. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :