EXCO Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah berucap ketika Festival Merakyatkan Seni Budaya Mah Meri @ Selangor 2023 (FMSB) di Perkarangan Pusat Kraf Orang Asli Kampung Sungai Bumbun Pulau Carey Banting. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Program silang budaya angkat warisan masyarakat, gamit pelancong luar negara

KUALA LANGAT, 3 SEPT: Kerajaan Negeri akan memperbanyakkan program kebudayaan dan kesenian Orang Asli sekali gus memperkukuhkan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama negara.

EXCO Budaya Borhan Aman Shah berkata program silang budaya memudahkan warisan seni Orang Asli diangkat ke peringkat antarabangsa antaranya memperkenalkan persembahan Mah Meri.

“Persembahan Mah Meri bukan sekadar dipersembah di kawasan perkampungan sahaja. Perbincangan akan dilakukan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk bawa persembahan ini ke luar negara.

“Kita cuba bawa bukan sahaja seni tarian tetapi peralatan muzik dan warisan makanan di Selangor ke negara seperti Brunei, Thailand dan Singapura,” katanya selepas merasmikan Festival Merakyatkan Seni Budaya Mah Meri@ Selangor di Perkarangan Pusat Kraf Orang Asli, Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey.

Selangor buat julung kalinya menganjur program ailang budaya bagi memperkenal seni dan warisan negeri ke luar negara yang berlangsung pada 9 hingga 13 Jun lalu.

Antara pengisian program ke Indonesia ialah memperkenal seni cempuling dan muzik asli Selangor termasuklah persembahan kebudayaan, sesi dialog dan lawatan ke pusat warisan terkenal di negara tersebut.

Susulan penganjuran program di Malaysia Hall Jakarta itu,  kerajaan Indonesia berhasrat membuat kunjungan balas ke Selangor untuk mempelajari seni cempuling dan muzik asli.


Pengarang :