BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Lebih 100,000 cucuk sate dihidang sempena Fiesta Sate pada 16 September

SHAH ALAM, 4 SEPT: Fiesta Sate Selangor yang menghidangkan lebih 100,000 cucuk sate bakal diadakan di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 16 September ini.

EXCO kebudayaan berkata program yang dijadualkan bermula 9 pagi hingga 3 petang itu antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengkomersialkan makanan sate khususnya kepada pelancong luar.

“Sate merupakan antara makanan tradisional yang seharusnya tidak dilupakan. Mungkin sinonim kepada masyarakat tempatan tetapi tidak kepada pelancong yang datang ke Selangor atau Malaysia,” kata Borhan Aman Shah kepada Selangorkini.

Tambahnya, program ini dijangka mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) seperti kejayaan penganjuran fiesta hidangan nasi ambeng terbesar di Malaysia November lalu.

27 November lalu, Kerajaan Negeri menerima pengiktirafan MBOR atas kejayaan penganjuran fiesta nasi ambeng menerusi penyediaan 2,022 dulang hidangan.

Menerusi fiesta itu, kira-kira 300 orang terlibat dalam penyediaan nasi ambeng yang dilaksanakan secara rewang sempena Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022.


Pengarang :