Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jelajah Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Ampang Campuran, Ampang Jaya pada 4 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jualan murah pilihan ramai, tawar pelbagai barangan berkualiti

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

AMPANG JAYA, 4 SEPT: Sudah banyak kali seorang suri rumah mengunjungi Jelajah Ehsan Rahmah (JER) setiap kali ia dianjurkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

Zuraini Nordin ,59, berkata pelbagai barangan dibeli dan ia mencukupi untuk keperluan mereka sekeluarga selama seminggu.

Zuraini Nordin , 59, ditemui dalam program Jelajah Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Ampang Campuran, Ampang Jaya pada 4 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Alhamdulillah pelbagai barang saya beli hari ini seperti telur, beras, ikan, daging dan ayam…ia dapat menampung keperluan keluarga saya selama seminggu.

“Setiap kali JER saya pasti datang, terima kasih kepada Kerajaan Selangor adakan inisiatif ini, ia sangat membantu rakyat,” katanya.

Sementara itu pekerja swasta Muhammad Azim Salha, 32, berkata, setiap kali mengunjungi JER, barangan yang menjadi pilihannya adalah ayam dan telur.

Muhammad Azim Salha, 32, ditemui dalam program Jelajah Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Ampang Campuran, Ampang Jaya pada 4 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kebetulan hari ini saya bekerja shif malam dan barang di dapur sudah habis, saya tak lepaskan peluang untuk beli ayam dan telur, harga murah malah kualiti barangan setanding pasaran luar,” katanya.

Bagi suri rumah Zurina Zainal, 41, JER dilihat membantu rakyat yang kurang berkemampuan membeli barangan pada harga murah.

“Ini kali pertama saya datang dan apabila melihat sendiri barangan yang dijual, ia sangat baik dan mampu mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan,” katanya yang turut membeli ayam, telur dan beras.

Zurina Zainal, 40, ditemui dalam program Jelajah Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Ampang Campuran, Ampang Jaya pada 4 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dalam pada itu Pegawai Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Muhammad Farid Mustafa berkata, ayam dan beras adalah antara barang yang menjadi tumpuan pengunjung di lokasi Mesra Ria @Pandan Mesra, Ampang Campuran, hari ini.

“Untuk hari ini kami menyediakan 500 ekor ayam, 200 papan telur, 72 botol minyak, 200 pek beras, 200 pek daging dan 200 pek ikan jenis mabung, sardin dan cencaru serta 50 pek isi kerang.

“Selain itu, hari ini kita ada juga bawa beberapa barangan tambahan lain seperti kicap, bihun, tepung gandum, sardin, kaya madu dan kaya pandan,” katanya.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jelajah Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Ampang Campuran, Ampang Jaya pada 4 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Setakat ini, program itu sudah dianjurkan di 2,400 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.


Pengarang :