Foto Facebook MBSA
PBTSELANGOR

MBSA anjur pertandingan tandas bersih, tawar hadiah terkumpul RM22,200

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 5 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM22,200 dalam pertandingan Anugerah Tandas Bersih Shah Alam 2023.

Menurut MBSA sebanyak enam kategori tandas dipertandingkan membabitkan stesen minyak, pusat beli belah, premis makanan, rumah ibadat, sekolah rendah dan menengah.

“Semua premis bagi kategori tandas awam tersebut yang berada dalam kawasan MBSA adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan ini,” katanya di Facebook hari ini.

MBSA menerusi poster memaklumkan pemenang pertama bagi setiap kategori bakal membawa pulang RM1,500, tempat kedua (RM1,200) dan tempat ketiga (RM1,000).

Selain wang tunai, pemenang setiap kategori turut menerima sijil penyertaan.

Berakhir pada 1 Oktober, MBSA memaklumkan borang penyertaan serta syarat pertandingan boleh didapati menerusi pautan https://bit.ly/PertandinganAnugerahTandasBersihShahAlam2023.

Pemenang akan diumumkan pada bulan November bersempena Sambutan Hari Tandas Sedunia.


Pengarang :