PBTSELANGOR

MPAJ promosi pelancongan bersejarah di Ampang, alu-alukan perkongsian bahan, sumber

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 6 SEPT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengalu-alukan masyarakat untuk berkongsi sebarang bahan atau sumber yang boleh digunakan bagi mempromosi lokasi pelancongan bersejarah di Ampang.

Unit Pelancongan, Pendidikan dan Wanita, Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskapnya kini dalam usaha mendapat dan mengumpulkan gambar lama, peralatan dan artifak berkaitan sejarah Ampang.

“Pihak MPAJ membuka peluang serta bersedia untuk berjumpa dan berbincang dengan mana-mana pihak atau individu yang ingin berkongsi berkaitan perkara tersebut,” menurut pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Untuk sebarang maklumat, orang ramai boleh hubungi MPAJ ditalian 012-627 7210 (Kamil) dan 010-534 3292 (Hanim).

 


Pengarang :