Peserta menghadiri temu duga program Jelajah JobCare Selangor di Dewan Taman Gombak, Gombak 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 23 majikan pelbagai sektor tawar peluang kerja dalam Jelajah Jobcare

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 7 SEPTEMBER : Lebih 23 majikan dari pelbagai sektor menawarkan peluang pekerjaan dalam Jelajah JobCare Selangor pada 14 September ini.

MYFututeJobs memaklumkan, penganjuran karnival kerjaya dengan kerjasama Kerajaan Negeri dijadual bermula 9 pagi hingga 5 petang di Dewan UOC, Universiti Cyberjaya.

“Berita baik buat warga Selangor khususnya di sekitar Sepang, lebih daripada 23 majikan terlibat yang menawarkan puluhan peluang kerjaya menarik buat anda semua.

“Daftar segera dan pastikan peluang ini menjadi milik anda,” katanya di Facebook.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar menerusi pautan myfuturejobs.gov.my/careerfair/ atau mengimbas kod QR di poster.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program berkenaan, orang ramai boleh menghubungi 019-604 7038 (Ain), 019-267 5764 (Ammar).

 


Pengarang :