AGENSISELANGOR

Hadiah menarik, kopi percuma menanti pengunjung program Air Selangor

SHAH ALAM, 8 SEPT: Pelbagai hadiah menarik dan kopi percuma menanti pengunjung dalam program Hydro Family on Wheels anjuran Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mulai esok.

Agensi itu memaklumkan program berkonsep santai dan kekeluargaan diadakan sempena ulang tahun keempat syarikat berkenaan dengan menjelajah ke tujuh lokasi terpilih sehingga 1 Oktober.

“Hydro Family on Wheels menawarkan aktiviti yang menyeronokkan seperti sukan boling dan swafoto bersama Hydro Family hanya untuk anda.

“Jom kenal kami dengan lebih dekat dan #JomBorak sambil bertanya apa-apa soalan berkaitan air atau akaun air anda,” katanya menerusi Facebook.

Menurut syarikat penyelenggaraan air itu, pengunjung juga berpeluang mengetahui peranan dan tanggungjawab Air Selangor sambil memenangi pelbagai hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.airselangor.com/hydro-family-on-wheels/.


Pengarang :