Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Balairaya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Program jualan murah di Sementa, Kinrara esok

SHAH ALAM, 10 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah menemui orang ramai di dua lokasi esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan jualan diadakan di Masjid Baitulamin Pusat Bandar Puchong (Kinrara) dan Dewan Palembang Rantau Panjang (Sementa).

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :