Kakitangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menyusun bekalan beras dan telur ketika Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Lembah Jaya di Taman Ampang Indah, Ampang Jaya pada 17 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Penjelasan isu harga beras naik, langkah atasi kurang bekalan

SHAH ALAM, 10 SEPT: Kerajaan melaksanakan beberapa langkah segera untuk mengatasi isu kekurangan beras di pasaran.

Berdasarkan infografik di laman X Kem Ekonomi, pengilang disyaratkan menyerah 20 peratus stok padi kepada Bernas selain melantik Fama, Felda dan Felcra untuk memasarkan beras tempatan ke kawasan terjejas bekalan.

Usaha lain ialah menubuhkan pasukan khas untuk memantau penipuan atau campuran beras import dan tempatan; pemeriksaan besar-besaran bagi mengelak penyelewengan; mengehadkan pembelian beras maksimum 100kg dan melancarkan talian aduan pengguna.

Selain itu, infografik juga menunjukkan terdapat dua jenis beras dijual di pasaran iaitu beras putih tempatan (harga dikawal kerajaan) dan beras putih import (harga tidak dikawal kerajaan).

Antara faktor beras import semakin mahal kerana harga ditentukan negara pengeksport dan perubahan iklim dunia yang menjejaskan pengeluaran bekalan.


Pengarang :