Orang ramai membeli barangan keperluan sempena Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Ampang di Dewan Orang Ramai Taman Sri Ampang, Ampang Jaya pada 12 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah diteruskan di DUN Sementa, Kinrara 10 pagi ini

SHAH ALAM, 11 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah menemui orang ramai di dua lokasi mulai 10 pagi ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan jualan diadakan di Masjid Baitulamin Pusat Bandar Puchong (DUN Kinrara) dan Dewan Palembang Rantau Panjang (DUN Sementa).

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :