Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru pada 26 September 2022. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

180,000 benih udang karang seludup bernilai RM1.8 juta dirampas

JOHOR BAHRU, 12 SEPT: Polis merampas 180,000 ekor benih udang karang bernilai RM1.8 juta dipercayai diseludup dari negara jiran di Jeti Awam Legaran Air Gemuruh, Sedili, Kota Tinggi semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata rampasan dilakukan sepasukan Unit Risik Marin Markas Taktikal Pengerang dalam Op Taring Landai setelah memeriksa sebuah bot gentian yang mencurigakan di jeti tersebut pada 5.30 petang.

Beliau berkata operasi turut menahan lima lelaki tempatan berusia 21 hingga 43 tahun yang berada di dalam bot itu.

“Pemeriksaan mendapati bot itu membawa 50 kotak gabus berwarna putih mengandungi benih udang karang tanpa permit sah yang dipercayai diseludup dari negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamarul Zaman bot bersama dua enjin dan sebuah lori turut dirampas dalam operasi itu, dengan keseluruhan rampasan termasuk benih udang karang dianggarkan bernilai RM2 juta.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 40 Akta Perikanan 1953.

– BERNAMA


Pengarang :