PBTSELANGOR

MBPJ anjur pertandingan karaoke untuk OKU, tawar hadiah wang tunai

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 13 SEPT: Bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempelawa komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) menyertai Pertandingan Karaoke OKU Sabtu ini di Taman Bandaran Kelana Jaya.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, pertandingan dari jam 7 pagi hingga 5.30 petang itu menawarkan hadiah wang tunai RM300 kepada juara, RM250 (naib juara), RM200 (tempat ketiga) dan RM150 (tempat keempat).

“Penyertaan percuma kepada komuniti OKU sahaja berusia 18 tahun ke atas dan terhad 15 peserta terawal.

“Pertandingan bertemakan lagu patriotik sempena sambutan Hari Malaysia ke-60 tahun,” kata MBPJ menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Peserta dibenarkan membawa minus one sendiri atau memilih lagu bertemakan hari kebangsaan yang tersedia.

Tarikh tutup penyertaan adalah esok dan untuk maklumat lanjut, boleh hubungi urusetia Bahagian Khidmat Komuniti dan Modal Insan MBPJ di talian 03-79560203 atau 03-79560206.


Pengarang :