PBTSELANGOR

Tema batik warnai Hari Tanpa Kenderaan MPK pada 24 September

OLEH JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 14 SEPT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengajak orang ramai memeriahkan program Hari Klang Tanpa Kenderaan pada 24 September bermula jam 7 pagi di Padang Laman Seni Safari.

Program bertemakan pemakaian baju batik dan baju Kedah itu menyediakan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga seperti ‘Fun Walk’, pameran galeri, jualan kenderasaji dan senamrobik.

“Jom sambil bergaya santai dengan tema kain batik atau baju Kedah dan ada cabutan bertuah juga,” kata MPK menerusi Facebook.

Acara itu merupakan anjuran MPK bersama GM Klang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Polis Klang Selatan dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.

 


Pengarang :