EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad bergambar bersama peserta selepas majlis penutup Konvensyen Merealisasi Khaira Ummah Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Negeri, Shah Alam pada 14 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

300 pentadbir masjid sertai konvensyen seru kebaikan, cegah kemungkaran

SHAH ALAM, 14 SEPT: Seramai 300 pentadbir masjid seluruh daerah Petaling menyertai Konvensyen Merealisasi Khaira Ummah anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di sini hari ini.

Pengarahnya berkata penganjuran konvensyen itu bertujuan memberdaya pentadbir masjid untuk  menjalankan dakwah dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling dihormati dan penuh tatasusila.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berucap ketika majlis penutup Konvensyen Merealisasi Khaira Ummah Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri, Shah Alam pada 14 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Konvensyen ini berpaksikan moto Islam, penyelamat, ketaatan yang bermatlamat melahirkan masyarakat Islam yang patuh kepada syariat Islam secara sahih dan tepat.

“Ia juga berujuan menjadikan masjid sebagai sebuah institusi ibadah yang mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran,” kata Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup konvensyen berkenaan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Negeri di sini, hari ini.

EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah diiringi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad bersalaman bersama peserta Konvensyen Merealisasi Khaira Ummah Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri, Shah Alam pada 14 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Bertemakan Mendominasi Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran, konvensyen yang disertai imam, nazir, bilal, siak dan kakitangan masjid disempurnakan EXCO Agama Dr Mohammmad Fahmi Ngah.

Mohd Shahzihan turut berharap pentadbir masjid melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab selain memainkan peranan sebagai khaira ummah demi perpaduan dan keharmonian masyarakat.

 


Pengarang :