Sate Kajang antara hidangan paling terkenal sehingga menarik orang ramai datang berkunjung untuk menikmati juadah itu yang dijual di banyak restoran terkemuka di kawasan terbabit. Foto vkeong.com
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sate Kajang diwarta makanan warisan dalam fiesta di Sepang esok

SHAH ALAM, 15 SEPT: Majlis mengangkat sate Kajang sebagai makanan warisan negeri akan berlangsung esok sempena Fiesta Sate Selangor di Avani Sepang Goldcoast Resort.

EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah dijadual merasmikan acara bagi mewartakan menu popular tersebut dengan disertai EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail.

Seramai 10,000 pengunjung disasar memeriahkan Fiesta Sate Selangor dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik termasuk penyediaan 100,000 cucuk sate.

Pada 12 September, Rizam menjelaskan usahawa mewartawakan sate Kajang dapat memartabatkan makanan berkenaan tanpa mengetepikan juadah lain yang popular di negeri ini.

Pada November tahun lalu, nasi ambeng diwartakan sebagai makanan warisan bagi memberi ketetapan untuk ciri-ciri makanan berkenaan yang asli dan berasal dari Selangor.


Pengarang :