Petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya memantau operasi pemadaman kebakaran di hutan gambut di Kompartment 99 Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 15 September 2023. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor
AGENDANASIONAL

Bomba, APM giat padam kebakaran hutan simpan Bestari Jaya

SHAH ALAM, 15 SEPT: Operasi pemadaman kebakaran di hutan gambut di Kompartment 99 Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor yang berlaku sejak semalam sedang giat dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor Mohd Raiz Radzuan berkata operasi itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dibantu oleh agensi berkaitan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Perhutanan.

“Peratus pemadaman sebanyak 12.5 peratus sehingga 6 petang tadi dan operasi akan diteruskan sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA


Pengarang :