Dato’ Rizam Ismail menerima sijil Malaysian Book Of Record mencatatkan rekod Malaysian Book Of Record (MBOR) dengan hidangan 100,000 cucuk sate ketika majlis perasmian Fiesta Sate Selangor 2023 di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 16 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor diiktiraf Malaysia Book of Records, edar 100,000 cucuk sate percuma

SEPANG, 16 SEPT: Kerajaan Negeri menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan mengedarkan 100,000 cucuk sate percuma dalam Fiesta Sate Selangor 2023 hari ini.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berkata lebih 10,000 pengunjung menghadiri program anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor.

Pengunjung menikmati sate secara percuma ketika majlis perasmian Fiesta Sate Selangor 2023 dan mencatatkan rekod Malaysian Book Of Record (MBOR) dengan hidangan 100,000 cucuk sate di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 16 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Tanpa mengira latar belakang, semua orang menikmati sate yang boleh dihidang sama ada sebagai juadah santai bersama keluarga dan kawan-kawan atau di dalam majlis istimewa.

“Melangkaui soal makanan semata-mata, saya yakin bahawa program seumpama ini dapat menjadi wadah perpaduan kaum melalui penglibatan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Rizam menerima sijil pengiktirafan daripada MBOR atas kejayaan Kerajaan Negeri menganjurkan fiesta itu di Pantai Bagan Lalang, di sini.

Pembekal membakar dan membuat penyediaan sate ketika majlis perasmian Fiesta Sate Selangor 2023 dan mencatatkan rekod Malaysian Book Of Record (MBOR) dengan hidangan 100,000 cucuk sate di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 16 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Dalam majlis berasingan sebelum itu, EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah mengumumkan Sate Kajang bakal diwartakan sebagai makanan warisan Selangor menjelang tahun hadapan.

Menurutnya, Sate Kajang dipilih sebagai makanan warisan Selangor berikutan juadah itu amat sinonim dengan bandar Kajang sejak 1917.

Pada November tahun lalu, nasi ambeng diwartakan sebagai makanan warisan bagi memberi ketetapan untuk ciri-ciri makanan berkenaan yang asli dan berasal dari Selangor.

Pembekal membakar dan membuat penyediaan sate ketika majlis perasmian Fiesta Sate Selangor 2023 dan mencatatkan rekod Malaysian Book Of Record (MBOR) dengan hidangan 100,000 cucuk sate di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 16 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :