Yang Dipertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd (kanan) dan Presiden MSU Tan Sri Dato Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid menunjukkan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua pihak di MSU pada 18 September 2023. Foto MPHS
PBTSELANGOR

Kesihatan, pendidikan antara inisiatif kerjasama MPHS, MSU

SHAH ALAM, 19 SEPT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Management Science University (MSU) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam kepakaran, pendidikan, ekonomi, sosial dan kesihatan.

Bahagian Korporatnya menerusi kenyataan memaklumkan antara inisiatif kerjasama selama tiga tahun itu termasuk pemeriksaan mata dan pembekalan cermin mata serta perkhidmatan kaunseling kepada kakitangan MPHS.

“Peluang melanjutkan pelajaran di MSU kepada warga kerja MPHS dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan kompetensi diri dan kemajuan kerjaya dalam melaksanakan kerja hakiki di jabatan.

“Selain itu, hasil sewaan sebahagian bangunan kedai perniagaan di kawasan perniagaan Jalan Bunga Pakma, Bukit Beruntung ke dalam Tabung Endowmen MPHS untuk membiayai program-program kemasyarakatan,” katanya.

Terdahulu, MoU berkenaan ditandatangani Yang Dipertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd manakala MSU pula diwakili Presidennya Tan Sri Dato Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Menerusi perjanjian itu juga MPHS dan MSU akan mewujudkan perkongsian pintar dalam bidang kependudukan, perniagaan, perindustrian dan pembangunan fizikal di kawasan Hulu Selangor serta perkongsian maklumat dalam kajian ecopelancongan.

“Selain itu, pembinaan pusat inovasi menggunakan teknologi binaan berindustri (IBS) yang sangat rendah kadar pelepasan karbon dalam mendukung aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF).

“Projek ini julung kali diadakan oleh MPHS dengan melihat ia mampu merealisasikan usaha ke arah bandar rendah karbon pada 2030,” jelasnya.


Pengarang :