Keadaan banjir kilat di sekitar Sepang pada 20 September 2023. Foto Facebook Trafik IPD Sepang
SELANGOR

Banjir kilat di Sepang, pengguna dinasihat patuh arahan lalu lintas

SHAH ALAM, 20 SEPT: Orang ramai dinasihat mematuhi arahan lalu lintas susulan banjir kilat yang berlaku di kawasan Sepang jam 4 petang tadi.

Cawangan trafik polis Sepang memaklumkan kawasan terlibat ialah simpang tiga lampu isyarat kiwa, Jalan Salak Tinggi/Jenderam, dan Sungai Merab/Bangi.

“Makluman pergerakan kenderaan dari arah Kota Warisan menghala ke KLIA/Nilai dan dari arah KLIA menghala ke Nilai/Kota Warisan bergerak perlahan.

“Laluan jalan Salak Tinggi menghala ke Jenderam Hulu sudah mula dibuka dan aliran trafik bergerak perlahan.

“Di jalan Sungai Merab menghala ke Bangi banjir sudah mula surut dan aliran trafik sudah mula bergerak,” menurut kenyataan pihak berkuasa itu di Facebook.

Sehubungan itu, orang ramai diminta mengelak kawasan yang dinaiki air bagi kelancaran perjalanan.

 


Pengarang :