Tinjauan udara menunjukkan keadaan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi di Kupang, Baling Kedah yang dilanda banjir pada 5 Julai 2022. Foto BERNAMA.
AGENDANASIONAL

Dua PPS ditutup, 102 mangsa banjir di Baling pulang ke rumah

ALOR SETAR, 22 SEPT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling bagi menempatkan 102 mangsa banjir sejak semalam ditutup 7 malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mej (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah susulan keadaan banjir yang sudah pulih.

“PPS Masjid Islahiyah Tawar dan PPS Masjid Binjul Luar yang menempatkan 102 orang daripada 33 keluarga itu ditutup sepenuhnya 7 malam ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, semua mangsa itu dipindahkan ke dua PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat di sekitar Baling sejak petang semalam.

Hujan lebat di daerah itu juga menyebabkan air Sungai Ketil melimpah ke tebing di Kampung Padang Empang dan Kampung Iboi.

– BERNAMA


Pengarang :