AGENDAJENAYAH

Mayat wanita ditemukan di pantai, tertiarap, terbenam dalam pasir

MELAKA, 24 SEPT: Mayat wanita tanpa identiti ditemukan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mayat dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan terbenam dalam pasir kira-kira 8 pagi tadi.

“Berdasarkan pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati tiada kecederaan atau unsur jenayah dan identiti mangsa sedang dikenal pasti menerusi analisis cap jarinya.

“Bagaimanapun kita percaya mangsa warganegara Malaysia berdasarkan kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada bahunya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

– BERNAMA


Pengarang :