Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat replika rumah contoh Idaman Cahaya sempena majlis pecah tanah Rumah Idaman Cahaya di Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam pada 28 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pameran Rumah Selangorku, fiesta kopi antara acara menarik sempena SELBIZ 2023

SHAH ALAM, 26 SEPT: Ekspo Usahawan Selangor 2023 (SELBIZ 2023) yang berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober menyediakan pelbagai acara menarik termasuk pameran Rumah SelangorKu.

Dato’ Menteri Besar berkata program kendalian Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut menganjur Fiesta Kopi khas untuk peminat minuman berkafein selain Festival Foodtruck yang menghimpun peniaga kendera saji.

“Kepada warga Selangor dan Lembah Klang, jangan lepaskan peluang untuk nikmati kemeriahan suasana SELBIZ 2023, yang disediakan khas untuk anda seisi keluarga.

“Jadi jangan tunggu lagi. Datang ke Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam dari 6 hingga 8 Oktober ini. Daftar sebagai pelawat menerusi pautan www.selbiz.my,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi video di pautan https://www.facebook.com/reel/1748540732249657.

Ekspo tiga hari bertujuan membantu usahawan memperkenal dan mengembangkan produk turut menyediakan 200 reruai perniagaan dan pameran selain klinik usahawan Selangor, cabutan bertuah dan SELBIZ Run 2023.

Konsert Gempak pula akan menampilkan artis popular antaranya Tomok, Ernie Zakri, Amir Masdi, Floor 88 dan Ara Johari.

SELBIZ edisi pertama yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 3 dan 4 September tahun lalu berjaya menarik penyertaan 149 pempamer serta 5,000 pengunjung.

Pada tahun ini, PKNS menyasarkan kehadiran 15,000 pengunjung sepanjang tiga hari ekspo usahawan.

 


Pengarang :