Foto Facebook Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
AGENDASUKANKINI

Sukan Asia: Acara pelayaran sumbang pingat pertama negara

Daripada Vikneswaran Raman

HANGZHOU, 26 SEPT: Penantian Kontinjen Malaysia untuk pingat pertama di bumi Hangzhou berakhir apabila kem pelayaran menghadiahkan pingat gangsa pada hari ketiga temasya Sukan Asia 2022 hari ini.

Penghormatan sebagai pemenang pingat pertama bagi Kontinjen negara pada Sukan Asia kali ini diterima pelayar berusia 17 tahun, Asnawi Iqbal Adam dalam acara ILCA 4 lelaki di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, lebih kurang 170 kilometer (km) dari sini.

Walaupun Asnawi menamatkan perlumbaan terakhir daripada 11 perlumbaan di kedudukan kesembilan hari ini, beliau berjaya mengekalkan kedudukan ketiga dengan 42 mata penalti.

Emas menjadi milik pelayar Thailand Weka Bhanubandh (13 mata) manakala Isaac Goh (21) dari Singapura membawa pulang perak.

-BERNAMA


Pengarang :