Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim bergambar bersama selepas Sesi Libat Urus Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bersama Penjawat Awam di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Libat urus bersama penjawat awam negeri sokong pembangunan RS-1

SHAH ALAM, 26 SEPT: Sesi libat urus bersama penjawat awam negeri berhubung kajian sistem persaraan antara program yang menyokong dasar pembangunan Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim berkata program soal jawab itu juga seiring tema empat rancangan pembangunan negeri yang menekankan tadbir urus pintar dan berkesan.

“Ini bagi mewujudkan dasar dan fleksibiliti pengurusan sumber manusia yang tangkas dan mengutamakan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan,” katanya di sini hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Dato’ Dr Anesee Ibrahim dan disertai lebih 1,000 kakitangan awam negeri.

Sementara itu, Dr Anesee memaklumkan JPA menerima lebih 68,000 cadangan daripada 30,000 penjawat awam berhubung kajian sistem berkenaan setakat 22 September.

“Libat urus melibatkan mula dilaksanakan pada 18 Ogos di Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah dan Selangor manakala esok di Melaka. Ini akan diteruskan sehingga habis,” katanya.

Selain sesi libat urus, katanya, JPA turut membangunkan portal bagi memudahkan penjawat awam memberikan idea melalui pautan https://semakansaraan.jpa.gov.my.

 

 


Pengarang :