Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan kuliah umum ketika Program Syarahan Perdana Kosmopolitan Nusantara di Universitas Paramardina, Jakarta pada 25 September 2023. Kuliah umum ini adalah sebahagian dari program lawatan kerja Dato’ Menteri Besar di Jakarta untuk menarik pelaburan dan mengembangkan sektor pendidikan dan modal insan Negeri Selangor. Turut serta Rektor Universitas Paramardina, Prof Didik J Rachbini dan Ketua Program Studi Magister Manajemen Universitas Paramardina, Dr Ahmad Azmy. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB seru penjawat awam tandingi institusi swasta termasuk negara lain

SHAH ALAM, 27 SEPT: Dato’ Menteri Besar menyeru penjawat awam di negeri ini terap ilmu, kemampuan dan kecekapan tandingi institusi swasta.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu perlu bagi melahirkan semangat kerja berpasukan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Mereka harus setanding dengan mereka di peringkat swasta yang orientasinya keuntungan daripada segi ilmu pengetahuan, maklumat, kemampuan dan kecekapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah umum di Universitas Paramardina, Jakarta sempena lawatan kerjanya ke bandar itu Isnin lalu.


Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari bertemu Rektor Universitas Paramardina, Prof Didik J Rachbini dan pengurusan Universitas Paramardina sebelum Program Syarahan Perdana Kosmopolitan Nusantara di Universitas Paramardina, Jakarta pada 25 September 2023. Kuliah umum ini adalah sebahagian dari program lawatan kerja Dato’ Menteri Besar ke Jakarta untuk menarik pelaburan dan mengembangkan sektor pendidikan dan modal insan negeri Selangor. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Turut hadir EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi.

Amirudin turut menyeru penjawat awam untuk berpandangan jauh sekali gus menjadikan contoh rakan di negara lain.

“Malahan saya juga mencabar jangan melihat kepada parameter kita di Malaysia sahaja sebaliknya harus melihat parameter rakan kita di negara Asia lain.

“Baik rakan di Jakarta, Bandung, Singapura, Bangkok mahupun tempat lain berhubung bagaimana pencapaian mereka, kita bersaing bukan untuk kalahkan tetapi dengan semangat saling kenal antara satu sama lain,” katanya.


Pengarang :