Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat DUN Bandar Baru Klang di Dataran Kiosk Masjid Sirajuddin Al-Annuar, Kampung Batu Belah pada 3 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah temui orang ramai di tiga lokasi hari ini

SHAH ALAM, 27 SEPT: Jelajah Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di tiga lokasi hari ini.

Program yang bermula dari 10 pagi hingga 1 tengah hari itu berlangsung di Masjid Al-Fitrah, Kampung Banting (Sungai Air Tawar); Dewan Komuniti Damansara Damai (Bukit Lanjan) dan Jalan Bangi Permai, Pekan Bangi (Sungai Ramal).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :