Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama selepas menyampaikan kuliah umum ketika Program Syarahan Perdana Kosmopolitan Nusantara di Universitas Paramardina, Jakarta pada 25 September 2023. Kuliah umum ini adalah sebahagian program lawatan kerja Dato’ Menteri Besar di Jakarta untuk menarik pelaburan dan mengembangkan sektor pendidikan dan modal insan negeri Selangor. Turut serta Rektor Universitas Paramardina, Prof Didik J Rachbini dan Ketua Program Studi Magister Manajemen Universitas Paramardina, Dr Ahmad Azmy. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sumbangan KDNK bantu Selangor depani situasi luar jangka

SHAH ALAM, 27 SEPT: Sumbangan terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mampu membantu Selangor dalam mendepani sebarang situasi luar jangka.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu dapat dilihat menerusi kejayaan negeri itu menyelesaikan kemelut pandemik Covid-19 dan banjir besar.

“Tahun lalu kita berjaya menyumbang kepada Malaysia 25.5 peratus sekali gus menjadikan Selangor sebagai negeri maju dan terus menjadi penyebar ekonomi terbesar.


Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan kuliah umum ketika Program Syarahan Perdana Kosmopolitan Nusantara di Universitas Paramardina, Jakarta pada 25 September 2023. Kuliah umum ini adalah sebahagian dari program lawatan kerja Dato’ Menteri Besar di Jakarta untuk menarik pelaburan dan mengembangkan sektor pendidikan dan modal insan Negeri Selangor. Turut serta Rektor Universitas Paramardina, Prof Didik J Rachbini dan Ketua Program Studi Magister Manajemen Universitas Paramardina, Dr Ahmad Azmy. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Sumbangan ini menjadikan kesediaan negeri ini dalam menghadapi dan berdepan sebarang situasi tertentu sebagai contoh banjir besar pada 2021 dan pandemik Covid-19.

“Selangor mampu menjadi negeri tahan uji, fleksibel dan bingkas dalam mendepani situasi luar jangka,” katanya ketika menyampaikan kuliah umum di Universitas Paramardina, Jakarta sempena lawatan kerjanya ke bandar itu Isnin lalu.

Turut hadir EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi.


Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Pengerusi STDC Mohd Nazri Noh dan Rektor Universitas Paramardina, Prof Didik J Rachbini menunjukkan perjanjian persefahaman (MoU) di antara Universiti Selangor (Unisel), Selangor Technical Development Centre (STDC) dan Universitas Paramardina bagi meneroka bidang pendidikan ketika hadir Program Syarahan Perdana Kosmopolitan Nusantara di Universitas Paramardina, Jakarta pada 25 September 2023. Kuliah umum ini adalah sebahagian dari program lawatan kerja Dato’ Menteri Besar di Jakarta untuk menarik pelaburan dan mengembangkan sektor pendidikan dan modal insan negeri Selangor. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Menerusi kuliah sama, Amirudin mengakui Selangor maju hasil penghijrahan tenaga sumber manusia dari negeri lain termasuk dengan beberapa pembangunan infrastruktur.

“Selangor mendapat nikmat kerana adanya migrasi sumber manusia bergerak ke Selangor termasuk Pelabuhan Klang yang menjadi penyumbang kepada ekonomi,” katanya.


Pengarang :