Lori KDEBWM yang digunakan untuk mengutip sampah domestik di seluruh negeri. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KDEBWM kutip sampah dari pintu ke pintu mulai 1 Oktober

SHAH ALAM, 7 SEPT: KDEB Waste Management (KDEBWM) akan mengutip sampah pintu ke pintu di seluruh kawasan kampung sekitar Klang bermula 1 Oktober ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan berkata justeru beliau memohon kerjasama penduduk meletakkan tong sampah di hadapan kediaman masing-masing.

“Dengan penyediaan tong sampah ini memudahkan KDEBWM membuat kutipan sampah di premis mengikut jadual ditetapkan.

“Saya harap penduduk boleh memberi kerjasama seiring memastikan bandar Klang bersih dan indah,” katanya selepas mesyuarat penuh MPK hari ini.

Menurutnya, taklimat berhubung perkara itu sudah dimaklum kepada penghulu dan ketua kampung pada 23 September lalu di Dewan Hamzah Ibu Pejabat MPK di sini.

“Penyediaan tong sampah ini adalah diwajibkan kepada semua premis. Dasar ini termaktub dalam perkara 6 undang-undang kecil pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah sarap MPK 2007,” katanya.


Pengarang :