SHAH ALAM, 28 SEPT: Sejumlah RM50,000 dibelanjakan untuk program sinergi prihatin bagi menjamin keselamatan penghuni di 17 rumah kebajikan terpilih.
EXCO kebajikan masyarakat berkata menerusi program demontrasi pertolongan cemas, seramai 445 peserta terlibat sekali gus merupakan percubaan mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR).
Jelas Anfaal Saari, program yang diperkenalkan tahun lalu mendedahkan ilmu pengetahuan berkaitan bantuan kecemasan kepada petugas dan penghuninya.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/09/MBOR4-500x326.jpg.webp)
“Saban hari pusat ini mengurus penghuni yang ramai, jadi aspek keselamatan seperti pertolongan cemas penting untuk pastikan mereka bersiap sedia dengan sebarang kejadian.
“Demontrasi dan perkongsian di lapangan sangat penting kerana memberi gambaran sebenar. Mereka didedahkan latihan kebakaran, penggunaan pemadam api dan langkah mengosongkan lokasi jika berlaku kecemasan,” katanya merasmikan majlis.
Anfaal berkata kerjasama dengan beberapa pihak antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kumpulan Kids Campus itu bakal menjadi pemangkin bagi menyokong operasi rumah kebajikan.