AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Air Selangor laksana kerja senggara aset LRA Sungai Langat pada 10 Oktober

SHAH ALAM, 28 SEPT: Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset akan dilaksanakan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 10 Oktober depan, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Agensi itu menerusi Facebook berkata kerja berkaitan akan mengakibatkan gangguan bekalan air berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat bermula 9 pagi.

“Kerja itu dijangka siap pada 7 malam hari sama dengan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari, 12 Oktober (Khamis).

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terlibat berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

Air Selangor menambah lori tangki air ke kawasan terjejas akan digerakkan dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Maklumat berhubung gangguan bekalan air boleh dicapai menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Senarai kawasan terjejas bekalan air seperti lampiran:


Pengarang :